<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/373444804875046153?origin\x3dhttp://syeryaffnie.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


Thursday, April 30, 2009 ♥
Pemergian Allayarharmah ibu tercinta MASITAH BTE HASHIM
♥wink♥wink♥

LAST PICTURE
OF ARWAH
AT HOSPITAL, ON 16 APRIL 2008.


ME WITH ARWAH EMAK
Pemergian ibu atau emak yang tercinta yang sangat di kasihi oleh diri ini adalah sesuatu yang amat memeritkan dalam kehidupan ku ini.

Aku sebagai anaknya menerima dengan redha dan merelakan pemergian arwah kepangkuan Allah s.w.t.

Arwah telah menderita kerana penyakit Kanser Paru-paru yang telah dihidapinya sejak Mei 2007.

Arwah juga telah menjalani pembedahan untuk membuang separuh suku dari paru-parunya supaya dapat terus menjalani kehidupannya sepanjang 2 tahun arwah menahan penderitaannya itu.

Arwah kemudian menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 6 kitaran bermula dari awal Jun 2007 sehingga lah pada hujung tahun 2007.

Penderitaan arwah sangat memeritkan semasa menjalani kemoterapi itu. Arwah kehilangan rambut, pengelupasan kulit dan sebagainya. Sel-sel arwah diperbaharui semasa menjalani kemoterapi itu.

Aku telah menyaksikan sedndiri penderitaan arwah semasa menjalani rawatan itu. Aku menangis sendiri. Aku sentiasa mendoakannya semasa hayatnya masih ada.

Pada tahun 2008, semuanya beransur pulih. Arwah semakin kuat, bersemangat untuk meneruskan hidupnya bersama ahli keluarga yang lain.

Aku pula meneruskan kehidupan untuk sambung pembelajaran yang telah aku tangguhkan untuk menjaga arwah.

Arwah sentiasa ingin bersama aku. Walaupun aku selalu menyakiti hatinya. Sehingga hari ini penyesalan masih terbuku di hati ini.

Pada hujung bulan Jun 2008, arwah semakin bertenaga dan memulakan pekerjaannya yang telah arwah tangguhkan / mengambil cuti sakit selama setahun. Hidup keluargaku kembali normal. Aku banyak menghabiskan masa bersamanya.

Masih aku teringat,2 minggu sebelum pemergiannya, arwah menelefon aku kerana ingin aku berada bersamanya di rumah. Tapi aku marahkan arwah kerana aku terasa arwah sentiasa ingin aku bersamanya, sedangkan adik-beradik ku yang lain tidak dicari olehya.

Sehinggalah pada detik arwah di masukkan ke Hospital Sultanah Aminah pada 16 April 2009, pada jam 2 lebih pagi, arwah ke hospital bersama ayahku. aku tak dapat mengkiut arwah kerana masalah kesihatan diriku.

Hari yang sama, aku menjaga rawah. Aku membuat arwah sentiasa ada aku. Aku menemani arwah dari pagi Khamis 16 April 2009 itu sehinggalah lewat petang, dan kemudian aku kembali ke hopsital untuk menjaganya. Arwah kelihatan sangat gembira dengan kehadiran aku.

Pada malam itu adalah hari terakhir aku menjaga arwah dan tidur bersamanya di atas katil di hospital. Arwah mengajak aku untuk tidur bersamanya di atas katil itu.

Dan malam itu, arwah menepuk bahuku, seolah-olah mendodoikan aku supaya tidur dengan tenang. Aku agak terharu.

hanya Allah yang tahu malam itu adalah malam terakhir aku tidur bersamanya dan dapat bermanja dengannya.

Keesokan paginya, arwah meminta aku membelikan sarapan di kantin hospital. aku melangkah tanpa merungut. Rupa-rupanya, itulah kali terkahir aku melayan arwah dengan baik sekali. Arwah pun sentiasa tersenyum melihat wajah aku.

Kerana keesokan harinya 17 April 2008, aku mengalami masalah kesihatan yang sama. aku agak terkilan kerana tidak dapat menjaganya.

Tanggal 20 April 2008,pada waktu malam, aku cuba menguatkan diri untuk menjaga arwah. Dan kemudian aku mengajak arwah berbual. Pada hari siangnya, arwah telah menjalani rawatan selanjutnya iaitu menebuk di belakang paru-parunya unutuk mengeluarkan sedeikit air yang terdapat di dalam paru-parunya itu. Arwah mengadu padaku yang sememangnya dia sangat tidak selesa dalam keadaan itu. dan aku cuba sedaya upaya supaya dapat membuat dirinya selesa.

Sehinggalah pada jam 10.47pm arwah ingin ke tandas, untuk salin pakaian. Aku mengambilkan wheelchair untuknya, tapi malangnya arwah terasa sesak nafas dan tidak dapat bernafas dengan normal. Sepatutnya arwah telah mendapat ubat oksigen pada pukul 8:00pm, malangnya serivis di hospital itu tersangatlah menyedihkan.

Arwah meminta aku memanggilkan nurse. Dan kemudian arwah masih sesak nafas. Arwah memegang tanganku dengan erta sambil berkata 'TOLONG MAK AYANG!!!..TOLONG GOSOK BELAKANG MAK!!..MAK TAK TAHAN!!'..

Aku tersangatlah panik dan mula mengalirkan airmata. dan kemudian aku menelefon ayahku datang ke hospital.

Dan kemudian aku lihat mata ibuku sudah memandang ke atas. Dan tangan yang memaut tanganku menjadi lemah dan terasa sejuk.

Aku semakin panik. aku menangis tak berhenti.

Kemunculan ayahku dan abangku lagi membuatkan aku tak dapat menahan airmataku yang mengalir deras.

Dan itulah kali terakhir aku berbual dan menatap wajahnya ketika arwa masih normal.

Arwah berada dalam keadaan kritikal dan koma dari lewat tengah malam 20 April sehinggalah pada tanggal 22 April 2008 jam 12:40pm, arwah menghembuskan nafas terakhirnya, sekali lagi di depan mataku.

Aku menyaksikan sendiri bagaiman arwah menghembuskan nafas terakhirnya denga menggunakan bantuan oksigen dan kemudian arwah bernafas menggunakan paru-parunya hanya untuk beberapa saat.

Dan kemudian arwah meninggalkan kami sekeluarga.

Aku terasa satu kehilangan yang mmg tiada penggantinya...

Aku memandikan jenazah arwah bersama ahli keluarga yang lain di tempat pemandian jenazah tidak jauh dari wad tempat arwah meninggal dunia.

Arwah kemudian disembahyangkan di Masjid Polis Depoh iaitu di tempat arwah bekerja, dan selepas Asar arwah diiringi oleh eskot polis untuk perjalanan ke Tanah Perkuburan BUkit Aliff iaitu berdekatan dengan rumah kami sekeluarga.

Aku cuba untuk terima dengan redha.

Majlis tahlil arwah diadakan 3malam berturut-turut di Surau Taman Melor di Perumahan Polis di sana.

Malam berikutnya aku menersukan tahlil di rumah ku sendiri. Sehinggalah pada malam ke-7, majlis tahlil diadakan di rumahku sendiri.

Aku sentiasa merindukan arwah.
aku mendoakan arwah sentiasa ditempatkan di tempat-tempat orang yg beriman..

Aku rindukan bebelannya...
Aku rindukan panggelan 'AYANG' darinya.

Semoga roh arwah emak ku aman dan tenang.
AL-FATEHAH.

AMIN.

Labels:

4:31 PM


Monday, April 6, 2009 ♥
the unborn baby.
♥wink♥wink♥

pregnancy calendar

Labels:

1:48 PM





SYERY
♥syAridaH AfFnie ♥
Syaridah Affniei have my own babyBOYSYAHMI RIYADH

SYERY

You're currently at syeryAffnie.blogspot.com
NO Ripping & Spamming !
Hate me ? WHO CARES!
BACK-OFF HATERS!!
currently work as a SYSTEM-SUPPORT , CUSTOMER SERVICE at DBschenker LOGISTIC
SINGLE MOTHERproud to be!
JBmelaka
27.09.1986LIBRA
currentlyTWENTY-SIX dz year ♥.
♥>Email.syery@yahoo.com♥ ♥wink*
MYSPACE ♥ ♥wink*
FACEBOOK ♥ ♥wink*
Syery Syaridah Affnie Johansa

Create Your Badge

Heartouching Leavings ♥
♥ Flyaways

♥amyra.abas♥
♥adeq.aen♥
♥azie.aen.fwen♥
♥nadiah♥
CandyLoves ♥
CandyLoves ♥
CandyLoves ♥

Over it ♥
♥ Beautiful memories

  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • January 2009
  • April 2009
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • July 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • February 2011
  • May 2011
  • July 2011
  • November 2011
  • February 2012
  • March 2012
  • May 2012
  • August 2012
  • November 2012


  • ♥ Designer

    This dumb blogskin was designed by me :D
    & yes,i do submit skins to blogskins.com
    My blogskins.com Profile : SYERY
    I got the images' url from Photobucket
    As for the images, i got it from Deviantart.com
    Fonts were downloaded from Dafonts.com
    Not to forget, link to My blog!Jacquelynn ♥
    Edited my fugly images from Photoshop CS 2

    MY ♥PRECIOUS
    MY heart beat
    MY LATE LOVE ARWAH EMAK
    MY LOVELY SON SYAHMI RIYADH! mummy loves you SAYANG!
    You can bold , italic , underline or Strike it
    Beautiful Vocal ♥
    Music ♥


    ♥ Speakings


    Tagboard here!
    Cbox ♥

    Wishful thinkings ♥
    ♥ Craves

    MAY ALLAH BLESS MY LATE 'EMAK' FOR ALWAYS♥
    PRAY A PEACEFUL LIFE FOR MY LATE ARWAH EMAK
    FORGETTING who i LOVED oneBEFOREeva!
    BE WITHMY LATE ARWAH 'EMAK'
    TAUBAT